Wednesday 23 May 2012

DOA MENDAPATKAN ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH


Doa Nabi Ibrahim a.s 
Surah Shaffat: Ayat 100

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
Doa Nabi Zakaria a.s  
Surah Ali Imran: Ayat 38
Ketika itu Nabi Zakariya berdoa kepada TuhanNya, katanya: “Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang(Surah Ibrahim: Ayat 40-41)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.
Doa Mohon Anak Taat Kepada Allah
Surah Al-Baqarah (ayat 128).
رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَآ أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيم
Our Lord! And make us submissive unto You and of our offspring a nation submissive unto You, and show us our Manasik, and accept our repentance. Truly, You are the One Who accepts repentance, the Most Merciful.
Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani
Doa diberi Zuriat Menyejukkan Mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).
al furqan 25 : 74,
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. 
Doa Anak Pandai Belajar
Surah Al-Anbiya (ayat 79).
doa minta anak pandai
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.

Minda Kanak-Kanak 
Doa anak Lembut Hati
Surah Al-Hasyar (ayat 22-24)
sura al hashr ayat 22
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. 
surah al hashr ayat 23
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).
Taha
surah Taha ayat 2, doa pada anak
Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan
doa ibu pada anaknya
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah
doa bapa pada anak
(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
doa ibubapa pada anaknya
Ayuh semua mari kita amal ajaran Islam yang suci ini, mari kita sama amalkan doa-doa.
Minda Kanak-Kanak
Pakaian Mengandung
Offer

Thursday 17 May 2012

PAKAIAN MENGANDUNG MUSLIMAH

Assalamualaikum w.r.t.



Kebanyakan daripada kalangan muslimah hari ini begitu meminati dengan  Jubah . Berbagai jenis rekabentuk Jubah yang terdapat di pasaran bagi mereka yang suka nampak trendy walaupun berjubah.  Jubah  juga amat sesuai bagi wanita yang sedang mengandung kerana ianya selesa dipakai bagi menutupi perut yang sedang membesar disamping tampak anggun... 




tak perlu ada getah yang mencerut di bahagian perut...



Maka, tak ketinggalan juga ada beberapa koleksi  Jubah   yang di jual di EmShoppe... 


Jubah yang penuh dengan sulaman....


Jubah yang penuh dengan kilauan batu-batu permata... sesuai untuk menghadiri function/majlis...
Bahagian hadapan Jubah
Bahagian belakang Jubah


Jubah yang penuh dengan labuci...





ada tali di sebelah kiri & kanan pinggang yang boleh di 'adjust' kelonggarannya...





Jubah Eksklusif...


Lengan baju yang begitu unik sekali penuh
dengan batu-batu


Berbagai koleksi di EmShoppe...
jom singgah...

Thursday 10 May 2012

OFFER....

Salam Jumaat buat semua.... 

Semoga beroleh barakah di hari yang mulia ini dengan amalan-amalan yang dituntut agama... Insyaallah..



Ketahuilah Rahsia Amalan Hari Jumaat ini.. klik pada gambar sebelah..





Sempena hari Jumaat ini, Kedai Mudah Bersalin membuat OFFER untuk beberapa barangan bagi menghabiskan stok...




Segala pertanyaan, sila klik di gambar atas atau 
kemukakan di facebook kami. 
Terima kasih atas sokongan anda semua...

Anda juga mungkin meminati peralatan tulis bergambar katun untuk anak comel anda...

 


Wednesday 9 May 2012

Minda Kanak-Kanak

Assalamualaikum... 
            
Kali ini saya ingin berceloteh tentang Dunia Kanak-Kanak.... minda kanak-kanak yang sedang membesar.... mereka akan berasa ceria dengan watak-watak kartun....


Kanak-kanak yang sedang membesar di zaman ini yang berada dalam lingkungan umur 4 hingga 8 tahun amat gemar untuk menonton rancangan-rancangan kartun di hadapan kaca televisyen 
sehingga berjam-jam lamanya berbanding 
dengan kanak-kanak di zaman dahulu, bermain batu seremban, congkak, galah panjang, layang-layang dan sebagainya. 


pen holder
 Maka bermula dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke umur 10 tahun, kanak-kanak amat gemar pada alat-alat tulis bergambar kartun dan kadang-kadang ada yang telah berumur sehingga 12 tahun pun masih terus meminatinya. 
Saya sendiri walaupun telah mencecah usia tua ini, masih meminati katun-katun seperti hello kitty & minnie mouse...  


Pen holder 3 in 1

coin box
 Di antaranya seperti pen holder 3 in 1 (pen holder, photo frame & paper clip) ini ada beberapa koleksi kartun yang menarik. Terdapat juga coin box atau tabung dengan 4 kartun pilihan yang menarik.... 
Paper Clips
Botol yang dilipat
Terdapat berbagai corak kartun bagi paper clips di jual di sini.... serta botol-botol air yang boleh dilipat supaya mudah dibawa melancung... Sila klik di sini untuk order barangan ini...
Botol air senang dibawa travel

Sekarang ada beberapa offer barangan set 'cute little things' ini... klik pada gambar... 
 

  

Begitu juga dengan pilihan untuk Birthday Cake bagi kanak-kanak, semestinya dengan watak kartun....


'junk food' amatlah tidak elok bagi tumbesaran serta minda kanak-kanak. Sebaliknya, bukankah lebih elok jika kita asuh anak-anak kita untuk memakan kismis sebagai snek tambahan... mungkin juga ketika menonton tv? 

Kismis adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius. Kismis juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.  
Anda boleh membuat tempahan/order 
kismis di sini...



Kismis juga mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.




kanak2




Sayangilah kanak-kanak kerana merekalah 
harapan bangsa masa depan negara kita......