Tuesday 24 April 2012

BERTANGAS ATAU MANDI WAP


Bertangas atau mandi wap selepas bersalin


klik gambar untuk order
Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap herba
Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja.   Bertangas   untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. 

Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghindari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps



Rawatan  Bertangas  terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. 
Biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu bertangas kering dan basah







Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke 30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke 6, selama 3 ke 7 hari. 


untuk order herba mandian rempah ini sila klik... 


Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus mandian herba yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. 


klik gambar untuk order
Amalan mandian herba ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. 


Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim.  


Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan. 


Semoga selepas rawatan ini dapat mengembalikan semula senyuman lebar suami anda semua....  wink..winkkk..




No comments:

Post a Comment