Showing posts with label bersalin. Show all posts
Showing posts with label bersalin. Show all posts

Thursday, 10 May 2012

OFFER....

Salam Jumaat buat semua.... 

Semoga beroleh barakah di hari yang mulia ini dengan amalan-amalan yang dituntut agama... Insyaallah..



Ketahuilah Rahsia Amalan Hari Jumaat ini.. klik pada gambar sebelah..





Sempena hari Jumaat ini, Kedai Mudah Bersalin membuat OFFER untuk beberapa barangan bagi menghabiskan stok...




Segala pertanyaan, sila klik di gambar atas atau 
kemukakan di facebook kami. 
Terima kasih atas sokongan anda semua...

Anda juga mungkin meminati peralatan tulis bergambar katun untuk anak comel anda...

 


Wednesday, 9 May 2012

Khasiat Kismis

Assalamualaikum para pembaca blog yang budiman....
Satu lagi dari amalan pemakanan sunnah... 
Kismis, adalah dari buah anggur yang telah dikeringkan... 


Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian"
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
Imam Ali a..s. bersabda: 
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".


"Sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Kismis adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Khasiat :
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
7. Melindungi hati.
8. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
9. Melawaskan pembuangan air besar.
10. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
11. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
12. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.


Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.


Sementara itu, seorang pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta berkata, kajian juga mendapati  Kismis  yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Malah, khasiat daripada  Kismis  juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan

Selain itu juga,  Kismis  mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.


Kismis juga mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
Untuk tempahan  Kismis  hitam, sila klik di sini...


Mengikut kajian,  Kismis  juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.


Walau apa sekali pun, jadikanlah  Kismis  ini sebagai makanan snek tambahan dalam kehidupan kita....

Saturday, 28 April 2012

RAWATAN SEMASA DALAM PANTANG

Assalamualaikum uolls...

Anda ingin kelihatan anggun kembali selepas bersalin seperti ini?


Setelah beberapa hari saya memaparkan beberapa atikel mengenai tips menunggu kelahiran baby anda, kali ini saya paparkan pula barang-barang keperluan bagi anda selepas bersalin pula bagi meng...anggunkan kembali diri anda...


Bila dah bersalin tu, mestilah berpantang pula... untuk apa? hmmm... mestilah nak menjaga dalaman serta luaran kita..... mengempiskan kembali perut kita yang dah menggelebeh tu kan...


 Jadi, di sini... saya ingin mengesyorkan Bengkung Zig-Zag yang boleh anda gunakan semasa dalam pantang.



Bengkung Zig-Zag  ini merupakan bengkung yang khas digunakan untuk ibu-ibu yang baru bersalin. Ia membantu anda mengembalikan semula bentuk badan anda kembali langsing dengan reka bentuk yang lebih moden dan mudah dipakai!


Bukan saja ia bertujuan untuk membentuk semula tubuh seperti sediakala anda, malah ia juga membantu menguatkan semula otot yang regang dan lemah akibat proses mengandung dan bersalin.


"Cuba bayangkan apa perasaan anda apabila anda melihat sendiri perut anda yang dulunya kempis dan leper, sekarang kelihatan buncit seperti orang yang masih mengandung???"   




KEISTIMEWAAN  Bengkung Zig-Zag  ini :
  • Ia ternyata amat MUDAH dipakai... 
  • Kain bengkung yang SELESA dipakai...
  • Kain bengkung yang LEBIH TEBAL dan TAHAN LAMA...
  • Bengkung Zig-Zag ini adalah FREE SIZE...
  • Amat mudah membersihkannya...    
                                                                              dan hasilnya......


Untuk mendapatkan Bengkung Zig-Zag ini sila klik di sini...
untuk mendapat kesan yang lebih baik, ambil sedikit kapur dan perahkan limau nipis di atasnya, campurkan dan sapu di atas perut, apabila setengah kering.. pakailah bengkung ini...



Di samping kita menggunakan set-set bersalin yang ada di pasaran, anda juga ada pilihan untuk menggunakan.....
Mandian Herba Aura
Ianya diperbuat daripada himpunan 7 daun herba yang biasa digunakan sewaktu berpantang. Antaranya ialah daun meringan, daun pisang kelat, daun pandan, daun halia bara, daun serai wangi, daun chappa dan daun inai. Gabungan kesemua daun ini membantu memulihkan kembali kesegaran badan yang lemah selepas bersalin.


Setiap pek mempunyai berat 40 gm, bersaiz 1/2 kertas A4 dan boleh digunakan untuk 3 hingga 4 kali mandian atau selepas pati dan warna air rebusan hilang.






Herba Mandian Aura ini membantu ibu dalam pantang tentang perkara2 berikut:
* Membantu melegakan sendi dan saraf yang tegang sewaktu bersalin
* Membantu melancarkan peredaran darah
* Membantu mengurangkan rasa stress dengan bau2 haruman pati daun yang direbus.
* Membantu mengurangkan angin di seluruh badan.


Untuk mendapatkan Herba Mandian Aura di atas, sila klik di sini... 


Sedikit petua untuk dikongsi bersama....


Nenas Batu ini juga dapat mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan anak.

BADAN LANGSING SELEPAS BERSALIN
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.



AIR ASAM JAWA
Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya:   
Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.



Petua Mencantikkan Kuku Tangan dan Kaki 
Letakkan 5-10 asam keping dan garam halus ke dalam sebesen air suam. Biarkan selama 15 minit. Kemudian, rendam tangan atau kaki anda ke dalamnya selama 20-30 minit. Amalkan sebelum anda masuk tidur. Insyaallah.....


         

Thursday, 26 April 2012

AIR KETUBAN


INFO TENTANG AIR KETUBAN



Ketika berada di dalam rahim, janin akan dilindungi oleh cairan yang dikenali sebagai air ketuban, selama sembilan bulan di dalam perut, janin akan berenang di dalam kantung ketuban yang hanya senipis belon. Kantung ini diisi dengan air ketuban ataupun air amnion. Cairan ini berwarna putih, agak keruh serta berbau sedikit hamis.


Air ketuban sebenarnya sudah pun ada sejak ari-ari (plasenta) membenamkan diri dalam lapisan dinding rahim. Dikatakan air ketuban ini dibentuk oleh sel-sel amnion yang sudah pun ada sejak awal kehamilan lagi.




Cairan ketuban ini bukan sekadar air biasa tapi mempunyai fungsi yang sangat penting buat janin. 


*Ianya berfungsi sebagai pelindung yang akan menahan janin daripada trauma akibat terjatuh dan sebagainya.


*Melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yang boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya menghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu ke janin.


*Berperanan sebagai cairan dan sumber nutien bagi janin untuk sementara waktu.


*Membolehkan janin bergerak lebih bebas, membantu sistem otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan janin supaya berkembang baik.


*Menjadi inkubator yang sangat istimewa dalam menjaga kehangatan di sekitar janin.


*Selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk janin dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman mahupun virus.




Sewaktu proses bersalin, air ketuban dapat meratakan tekanan atau kontraksi di dalam rahim sehingga leher rahim membuka laluannya. Ketika ketuban pecah pula, air yang keluar sekali gus akan membersihkan laluan lahir.




Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, jumlah cairan air ketuban akan terus meningkat. 
Biasanya pada usia kehamilan 10 hingga 20 minggu, jumlah air ketuban adalah sekitar 50 hingga 250ml. 
Ketika memasuki minggu ke 30 hingga 40 jumlahnya mencapai 500 hingga 1500ml. 



Mengesan kelainan janin


Air ketuban mengandungi 98% air dan protein sebagai 2.6% per liter. Sisanya terdiri dari garam anorganik dan lanugo (rambut halus yang berasal dari janin), sel-sel epitel dan lemak yang meliputi kulit bayi (verniks kaseosa). Kewujudan lemak ini menjadi penanda bahawa janin sudah matang atau lewat daripada waktunya. Selama proses kehamilan, air ketuban juga boleh dijadikan satu cara untuk mengesan kelainan yang dialami oleh janin khususnya yang berkaitan dengan kelainan kromosom.


Melaui pemeriksaan amni-osintesis, maka kelainan genetik yang mungkin dialami oleh janin dapat diketahui seperti Down Sindrom, hemofilia dan sebagainya.

Tuesday, 24 April 2012

BERTANGAS ATAU MANDI WAP


Bertangas atau mandi wap selepas bersalin


klik gambar untuk order
Bertangas ini sebenarnya adalah mandi wap herba
Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja.   Bertangas   untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka ia hanya untuk selepas berpantang bersalin, namun sebenarnya bagus untuk setiap kali selepas haid. 

Bertangas akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan racun keluar daripada badan. Bagi ibu bersalin ia juga dapat membantu proses penyembuhan dan pengecutan saluran sulit dan rahim. Dalam jangka masa panjang ia dapat menghindari daripada penyakit puan seperti keputihan, saluran sulit yang longgar, rahim rendah dan prolaps



Rawatan  Bertangas  terdapat dalam pelbagai cara dan ramuan. 
Biasanya terdapat dalam 2 jenis iaitu bertangas kering dan basah







Bertangas kering juga dikenali sebagai bertangas herba. Hanya menggunakan batu sungai yang dipanaskan dan diletakkan ramuan tertentu. Rawatan ini dilakukan selepas hari ke 30 bersalin selama 10 hari berturut-turut apabila darah nifas telah kering . Rawatan ini dapat mengeluarkan sisa toksin dan merawat luka. Jika selepas haid boleh dilakukan selepas hari ke 6, selama 3 ke 7 hari. 


untuk order herba mandian rempah ini sila klik... 


Bertangas basah pula menggunakan ramuan rempah ratus mandian herba yang direbus. Untuk mereka yang berpantang bersalin, mula rawatan selepas hari ke 40 iaitu selepas tangas kering, dan dilakukan sehingga 100 hari. Untuk selepas haid, dilakukan selepas tangas kering juga. 


klik gambar untuk order
Amalan mandian herba ini dapat menghasilkan daya kelembapan kulit yang mantap dan kejab di bahagian alat sulit. Ia juga dapat mengelakkan kelesuan kulit dan bau badan. 


Ketika rawatan bertangas basah, boleh amalkan senaman kemutan otot rahim untuk kekuatan otot saluran sulit dan rahim.  


Bertangas dibuat dengan selubung seluruh badan dengan kain dari paras leher ke paras lantai agar wap tangas menyeluruh kena pada badan. 


Semoga selepas rawatan ini dapat mengembalikan semula senyuman lebar suami anda semua....  wink..winkkk..