Thursday 26 April 2012

AIR KETUBAN


INFO TENTANG AIR KETUBAN



Ketika berada di dalam rahim, janin akan dilindungi oleh cairan yang dikenali sebagai air ketuban, selama sembilan bulan di dalam perut, janin akan berenang di dalam kantung ketuban yang hanya senipis belon. Kantung ini diisi dengan air ketuban ataupun air amnion. Cairan ini berwarna putih, agak keruh serta berbau sedikit hamis.


Air ketuban sebenarnya sudah pun ada sejak ari-ari (plasenta) membenamkan diri dalam lapisan dinding rahim. Dikatakan air ketuban ini dibentuk oleh sel-sel amnion yang sudah pun ada sejak awal kehamilan lagi.




Cairan ketuban ini bukan sekadar air biasa tapi mempunyai fungsi yang sangat penting buat janin. 


*Ianya berfungsi sebagai pelindung yang akan menahan janin daripada trauma akibat terjatuh dan sebagainya.


*Melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yang boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya menghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu ke janin.


*Berperanan sebagai cairan dan sumber nutien bagi janin untuk sementara waktu.


*Membolehkan janin bergerak lebih bebas, membantu sistem otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan janin supaya berkembang baik.


*Menjadi inkubator yang sangat istimewa dalam menjaga kehangatan di sekitar janin.


*Selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk janin dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman mahupun virus.




Sewaktu proses bersalin, air ketuban dapat meratakan tekanan atau kontraksi di dalam rahim sehingga leher rahim membuka laluannya. Ketika ketuban pecah pula, air yang keluar sekali gus akan membersihkan laluan lahir.




Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, jumlah cairan air ketuban akan terus meningkat. 
Biasanya pada usia kehamilan 10 hingga 20 minggu, jumlah air ketuban adalah sekitar 50 hingga 250ml. 
Ketika memasuki minggu ke 30 hingga 40 jumlahnya mencapai 500 hingga 1500ml. 



Mengesan kelainan janin


Air ketuban mengandungi 98% air dan protein sebagai 2.6% per liter. Sisanya terdiri dari garam anorganik dan lanugo (rambut halus yang berasal dari janin), sel-sel epitel dan lemak yang meliputi kulit bayi (verniks kaseosa). Kewujudan lemak ini menjadi penanda bahawa janin sudah matang atau lewat daripada waktunya. Selama proses kehamilan, air ketuban juga boleh dijadikan satu cara untuk mengesan kelainan yang dialami oleh janin khususnya yang berkaitan dengan kelainan kromosom.


Melaui pemeriksaan amni-osintesis, maka kelainan genetik yang mungkin dialami oleh janin dapat diketahui seperti Down Sindrom, hemofilia dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment