Showing posts with label pregnant. Show all posts
Showing posts with label pregnant. Show all posts

Thursday, 26 April 2012

PETUA UNTUK DAPATKAN ANAK PEREMPUAN





Assalamualaikum kepada semua pembaca yang budiman... 
Salam Jumaat, semoga beroleh keberkatan Allah serta dilimpahi dengan rahmatnya di hari yang mulia ini...


PETUA UNTUK MENDAPATKAN BABY GIRL
Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tips tentang cara untuk mendapatkan anak perempuan, zuriat kaum Hawa ni. Kebiasaannya bagi kaum wanita, mereka amat suka untuk mendapatkan baby girl bagi kelahiran pertama mereka.... serta ramai juga yang tercari2 tentang tips dan petua bagi mendapatkan anak perempuan ni..... 


Terdapat beberapa petua yang boleh diikuti oleh pasangan suami isteri iaitu bermula dari hubungan seksual suami isteri, doa, bacaan dari surah tertentu serta amalan pemakanan yang sesuai.


Bagaimana yek nak mendapatkan anak perempuan ni?



Senang ke caranya?  Jeng..jeng..jengggggg...




1. Mulakan dengan doa dan niat untuk memperoleh jantina bayi perempuan.


2. Pastikan hubungan seksual dilakukan pada waktu subur isteri iaitu antara hari kesebelas hinggalah hari kesembilan belas dari kiraan pertama datangnya haid.


3. Biarkan suami melepaskan hanya lima puluh peratus sahaja spermanya ke dalam rahim isteri sementara bakinya dirembeskan di bahagian pangkal rahim.


4. Selepas berasmara, isteri digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri dan sekiranya membelakangkan suami maka mintalah izin terlebih dahulu.


5. Akhiri dengan doa agar hajat yang diinginkan dimakbulkan oleh-Nya.






Amalan pemakanan ketika janin berusia 1 hingga 4 bulan 

  • Banyakkan pengambilan sayur, sup, asam serta jenis yang beralkali.
  • Lebihkan buah-buahan .
  • Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat.



Perbuatan yang digalakkan ketika kandungan berusia 1 hingga 9 bulan    

  • Amalkan membaca surah Yusuf dan Maryam.
  • Usap kandungan dengan lembut dan panggillah bayi anda dengan nama Maryam atau Siti Aishah.
  • Banyakkan berdoa agar permintaan anda dikabulkan.

Menurut penyelidikan barat hasil tulisan Alicia Pennington, ada beberapa tip mengenai cara bersetubuh yang boleh meningkatkan potensi mendapatkan anak perempuan. Ini sebahagian petikan artikel tersebut:
Untuk mendapat anak perempuan, isteri harus mengelakkan keadaan ghairah atau terangsang semasa bersetubuh. Ini kerana dalam keadaan terangsang, faraj isteri akan dibasahi cecair yang bersifat asid. Ini akan membantutkan renangan sperma X yang lebih suka 
kepada keadaan beralkali.



Si suami harus mencapai klimaks dalam masa yang lebih singkat untuk menggelakkan rangsang yang berlebihan kepada isteri semasa bersetubuh.


Selain cara bersetubuh, masa bersetubuh juga penting. Oleh kerana sperma X bertahan lebih lama dari sperma Y, ada baiknya jika persetubuhan dilakukan sehari sebelum isteri dijangka berovulasi.



Walaupun tiada jaminan 100% teknik ini akan berjaya, 
cara bersetubuh ini sememangnya dapat meningkatkan peluang mendapat anak perempuan.... 
Insyaallah...



Sesungguhnya manusia boleh mengusahakan dan Tuhan yang akan menentukan. 
Terimalah dengan hati terbuka zuriat kurnia Tuhan, walau apa jantina sekalipun.... baik Adam atau Hawa...

AIR KETUBAN


INFO TENTANG AIR KETUBAN



Ketika berada di dalam rahim, janin akan dilindungi oleh cairan yang dikenali sebagai air ketuban, selama sembilan bulan di dalam perut, janin akan berenang di dalam kantung ketuban yang hanya senipis belon. Kantung ini diisi dengan air ketuban ataupun air amnion. Cairan ini berwarna putih, agak keruh serta berbau sedikit hamis.


Air ketuban sebenarnya sudah pun ada sejak ari-ari (plasenta) membenamkan diri dalam lapisan dinding rahim. Dikatakan air ketuban ini dibentuk oleh sel-sel amnion yang sudah pun ada sejak awal kehamilan lagi.




Cairan ketuban ini bukan sekadar air biasa tapi mempunyai fungsi yang sangat penting buat janin. 


*Ianya berfungsi sebagai pelindung yang akan menahan janin daripada trauma akibat terjatuh dan sebagainya.


*Melindungi dan mencegah tali pusat dari kekeringan yang boleh menyebabkannya mengerut dan seterusnya menghalang penyaluran oksigen melalui darah ibu ke janin.


*Berperanan sebagai cairan dan sumber nutien bagi janin untuk sementara waktu.


*Membolehkan janin bergerak lebih bebas, membantu sistem otot dan tulang rangka serta sistem pernafasan janin supaya berkembang baik.


*Menjadi inkubator yang sangat istimewa dalam menjaga kehangatan di sekitar janin.


*Selaput ketuban dengan cairan ketuban di dalamnya merupakan penahan untuk janin dan rahim terhadap kemungkinan jangkitan kuman mahupun virus.




Sewaktu proses bersalin, air ketuban dapat meratakan tekanan atau kontraksi di dalam rahim sehingga leher rahim membuka laluannya. Ketika ketuban pecah pula, air yang keluar sekali gus akan membersihkan laluan lahir.




Seiring dengan pertambahan usia kehamilan, jumlah cairan air ketuban akan terus meningkat. 
Biasanya pada usia kehamilan 10 hingga 20 minggu, jumlah air ketuban adalah sekitar 50 hingga 250ml. 
Ketika memasuki minggu ke 30 hingga 40 jumlahnya mencapai 500 hingga 1500ml. 



Mengesan kelainan janin


Air ketuban mengandungi 98% air dan protein sebagai 2.6% per liter. Sisanya terdiri dari garam anorganik dan lanugo (rambut halus yang berasal dari janin), sel-sel epitel dan lemak yang meliputi kulit bayi (verniks kaseosa). Kewujudan lemak ini menjadi penanda bahawa janin sudah matang atau lewat daripada waktunya. Selama proses kehamilan, air ketuban juga boleh dijadikan satu cara untuk mengesan kelainan yang dialami oleh janin khususnya yang berkaitan dengan kelainan kromosom.


Melaui pemeriksaan amni-osintesis, maka kelainan genetik yang mungkin dialami oleh janin dapat diketahui seperti Down Sindrom, hemofilia dan sebagainya.

Tuesday, 24 April 2012

AKAR/BUNGA KACIP FATIMAH

Assalamualaikum & Selamat Datang                       ke blog MudahBersalin.com
Dalam sesebuah perkahwinan memang mengharapkan cahayamata sebagai penyeri keluarga serta ia juga adalah smengikut sunnah Nabi Muhammad S.A.W. supaya memperbanyakkan umatnya di muka bumi ini. Oleh itu, Blog ini ditulis bertujuan untuk membantu para-para ibu atau bakal-bakal ibu yang menunggu masa untuk bersalin dengan mendapat serba sedikit  tips-tips untuk membantu memudahkan proses bersalin nanti.

DOA MEMUDAHKAN BERSALIN
اللَّهُمَّ صَوِّرْ فِيْ بَطْنِيْ صُوْرَةً حَسَنَةً وَثَبِّتْ قَلْبَهُ إِيْـمَانًا بِكً وَبِرَسُوْلِكَ. اللَّهُمَّ أَخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِيْ سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا. اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقًا عَالِـمًا عَامِلاً. اللَّهُمَّ طَوِّلْ عُمْرَهُ وَصَحِّحْ جَسَدَهُ وَحَسِّنْ خَلْقَهُ وَأفْصِحْ لِسَانَهُ وَأحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَالْحَدِيْثِ بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صلى الله عليه وَسَلَّمَ . وَالْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَـمِيْنَ
Ya Allah , peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah , Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah , zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat . Ya Allah anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana , alim dan beramal . Ya Allah , panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya dan indahkanlah akhlaknya , fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .

DOA UNTUK MENDAPAT ANAK SOLEH / SOLEHAH  


1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)

Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
2. Doa Nabi Zakaria a.s Surah Ali Imran: Ayat 38)
“Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.” 



AIR SELUSOH AKAR KACIP FATIMAH

Air selusuh.... ada sesetengah bidan yang membuat air selusuh dengan menggunakan air asam jawa dan air zam2 yg dibacakan dengan doa untuk memudahkan proses bersalin sama juga dengan..... 
fungsi  air akar kacip fatimah dimana bila ia mengembang bila direndam dalam air, ianya sebagai satu simbolik untuk pembesaran tempat bayi keluar ibarat sama seperti mana akar tu mengembang besar...  Akar kacip fatimah juga dikenali sebagai Bunga Kacip Fatimah

Tidak salah kita menggunakan air/ minyak selusuh... cuma janganlah hendaknya kita iktikadkan benda itu yang sebenarnya yang membantu kita...  mestilah kita berniat bahawa semuanya adalah dengan kuasa Allah jua.. kita hanya berusaha dan Allah lah yang menentukannya...  walau apa pun, kesakitan untuk melahirkan ini sebenarnya adalah sebagai  menghapuskan dosa2 kita... insyaallah...


Panduan kesihatan untuk ibu hamil. Bagaimana untuk menjadikan proses kehamilan anda kekal sihat, selamat dan berjalan lancar? 

TIPS UNTUK MUDAH BERSALIN 
  • Tanda kontraksi dan turun darah. Pengalaman kontraksi berbeza-beza. Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran. Oleh itu, jangan asyik nak berbaring aje atas katil ye... 
  • Tidur yang mencukupi dapat memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti. 
  • Bertenang dan jangan kerap tertekan serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika melahirkan nanti. 
  • Tarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran seperti yang diajar di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas. Jangan tahan kencing kerana ianya memanjangkan lagi tempoh masa proses melahirkan. 
  • Elakkan paras gula jatuh dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran, boleh hisap sedikit jus buah segar yang tinggi kandungan potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine. 

POSTMATURITY adalah kehamilan melebihi 42 minggu atau 294 hari selepas period yang terakhir (LMP). Jika boleh, semasa trimester pertama, pemeriksaan untrasound juga perlu dibuat untuk menentukan tarikh jangkaan sebenar, bukan semata-mata berdasarkan tarikh LMP untuk elak tarikh yang salah. 



Buah Kurma dan juga Buah Kismis 
adalah makanan yang amat baik diamalkan oleh wanita yang kurma mengandung sebagai pemberi tenaga juga mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. 

Bertangas atau mandi wap 
Bertangas ni sebenarnya adalah mandi wap. Bukan terhad kepada wanita sahaja dan juga bukan untuk kaum Melayu sahaja. Bertangas untuk wanita bagus dilakukan setiap kali selepas bersalin dan selepas haid. Mungkin ramai yang sangka more...