Wednesday 9 May 2012

Khasiat Kismis

Assalamualaikum para pembaca blog yang budiman....
Satu lagi dari amalan pemakanan sunnah... 
Kismis, adalah dari buah anggur yang telah dikeringkan... 


Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian"
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
Imam Ali a..s. bersabda: 
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".


"Sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Kismis adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Khasiat :
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
7. Melindungi hati.
8. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
9. Melawaskan pembuangan air besar.
10. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
11. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
12. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.


Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.


Sementara itu, seorang pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta berkata, kajian juga mendapati  Kismis  yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Malah, khasiat daripada  Kismis  juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan

Selain itu juga,  Kismis  mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.


Kismis juga mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
Untuk tempahan  Kismis  hitam, sila klik di sini...


Mengikut kajian,  Kismis  juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.


Walau apa sekali pun, jadikanlah  Kismis  ini sebagai makanan snek tambahan dalam kehidupan kita....

1 comment: