Showing posts with label wanita mengandung. Show all posts
Showing posts with label wanita mengandung. Show all posts

Thursday, 17 May 2012

PAKAIAN MENGANDUNG MUSLIMAH

Assalamualaikum w.r.t.



Kebanyakan daripada kalangan muslimah hari ini begitu meminati dengan  Jubah . Berbagai jenis rekabentuk Jubah yang terdapat di pasaran bagi mereka yang suka nampak trendy walaupun berjubah.  Jubah  juga amat sesuai bagi wanita yang sedang mengandung kerana ianya selesa dipakai bagi menutupi perut yang sedang membesar disamping tampak anggun... 




tak perlu ada getah yang mencerut di bahagian perut...



Maka, tak ketinggalan juga ada beberapa koleksi  Jubah   yang di jual di EmShoppe... 


Jubah yang penuh dengan sulaman....


Jubah yang penuh dengan kilauan batu-batu permata... sesuai untuk menghadiri function/majlis...
Bahagian hadapan Jubah
Bahagian belakang Jubah


Jubah yang penuh dengan labuci...





ada tali di sebelah kiri & kanan pinggang yang boleh di 'adjust' kelonggarannya...





Jubah Eksklusif...


Lengan baju yang begitu unik sekali penuh
dengan batu-batu


Berbagai koleksi di EmShoppe...
jom singgah...

Wednesday, 9 May 2012

Khasiat Kismis

Assalamualaikum para pembaca blog yang budiman....
Satu lagi dari amalan pemakanan sunnah... 
Kismis, adalah dari buah anggur yang telah dikeringkan... 


Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian"
Nabi Muhammad SAW bersabda: 
"Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali a.s. bersabda: 
"Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi"
Imam Ali a..s. bersabda: 
"Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".


"Sesiapa yang ingin menghafal hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering”
-Imam Zuhdi.

Kismis adalah makanan tambahan yang mampu merangsang minda dalam melahirkan generasi genius.

Khasiat :
1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata
7. Melindungi hati.
8. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).
9. Melawaskan pembuangan air besar.
10. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit
11. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).
12. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.


Asid oleanolic mampu menghambat pertumbuhan dua spesies bakteria penghuni mulut iaitu streptoccus mutan, penyebab plak dan kerosakan gigi serta porphyromonas gingivalis, penyebab penyakit periodontal.


Sementara itu, seorang pakar pemakanan dari sebuah hospital swasta berkata, kajian juga mendapati  Kismis  yang kaya dengan potassium dan rendah dalam sodium membantu mengurangkan tekanan darah tinggi. Malah, khasiat daripada  Kismis  juga boleh mengurangkan risiko strok dan melemahkan perkembangan penyakit-penyakit organ dalam badan

Selain itu juga,  Kismis  mengandungi fiber dan asid tartaric. Ia juga baik untuk kesihatan tulang dalam badan anda.


Kismis juga mempunyai banyak khasiat pemakanan, serat, antioksidan, vitamin dan kalium yang merupakan nutrien penting untuk badan.
Untuk tempahan  Kismis  hitam, sila klik di sini...


Mengikut kajian,  Kismis  juga mengandungi antioksidan yang dapat melawan bakteria penyebab kerosakan gigi dan gusi.


Walau apa sekali pun, jadikanlah  Kismis  ini sebagai makanan snek tambahan dalam kehidupan kita....

Thursday, 26 April 2012

KHASIAT BUAH KURMA BAGI IBU YANG HAMIL


Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan
kurma nabi iaitu Kurma Ajwa, sila buat tempahan di sini...


KELEBIHAN BUAH KURMA BERDASARKAN        Al-Quran & Sunnah
Sabda Rasulullah SAW: “Berilah makan buah  kurma  kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”  
Mengikut pendapat pakar perubatan, buah  kurma  kaya dengan unsur zat besi dan kalsium yang sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil dan selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya memakan buah   kurma   ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
   Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah   kurma   ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
 "Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah   kurma   kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 
Penemuan kajian sains tentang khasiat buah   kurma   yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah   kurma   adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu
Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu...  juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak dan pembentukan darah dan sum-sum tulang.  Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa   kurma   antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga.   kurma  tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.  
Keunggulan   kurma   lainnya mengandungi berbagai vitamin penting, seperti vitamin A, tiamin, dan riboflavin dalam jumlah yang bisa diandalkan, serta niasin dan kalium dalam jumlah yang sangat andal. Selain itu, buah ini ternyata juga memuat berbagai zat gizi lain seperti zat besi, vitaminB, asam nikotinat serta serat (bukan zat gizi) dalam jumlah memadai.
kurma juga mengandung banyak mineral penting , seperti magnesium, potasium dan kalsium. Mineral-mineral itu sangat diperlukan oleh tubuh. Serat yang terdapat dalam    kurma   berfungsi melunakkan usus dan mengaktifkannya, yang  secara  mempermudah buang air besar. Dalam kurma juga terdapat semacam hormon (potuchsin) yang boleh menciutkan pembuluh darah dalam rahim, sehingga boleh mencegah perdarahan rahim.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah   kurma   :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah   kurma   kita terhindar daripada api neraka.   
Jadi bagi sesiapa yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah  kurma   adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu daripada makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian... jugaamat sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak. Elakkan dari memberi junk food kepada anak anda!
Mudah-mudahan dengan amalan memakan buah   kurma  secara berterusan, kita akan terhindar daripada berbagai penyakit serta dapat meneruskan tugas harian, beribadat kepada Allah Subhanahu Wataala dengan lebih sempurna... Insyaallah... Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kurma nabi iaitu Kurma Ajwa, sila buat tempahan di sini...